Pastikan Anda Tahu Waktu!!

Wednesday, February 24, 2010

Ulangtahun kelahiranku..

1. Alhamdulillah tuhan masih memberi aku peluang untuk terus meniti kehidupan ini.

2. Tapi yang pasti, banyak persoalan yang timbul sempena ulangtahun kelahiran aku yang ke 43 ke alam shahadah ini seperti kenapakah aku dilahirkan, kemanakah tujuanku, apakah peranan aku di dunia ini.?

3. Adakah aku dilahirkan untuk mendapat pekerjaan yang baik, rumah yang besar, kereta yang berprestij, isteri yang cantik, kesihatan yang baik, kaya raya?... tetapi pada hakikatnya, semua itu adalah kemahuan manusia kebanyakan..maka aku jua tidak dapat lari dari menginginkan yang sedemikian. Tetapi tidak kepada ahli sufi dan wali Allah.

4. Semua persoalan-persoalan itu memang sukar untuk ku jawab. Tapi adalah tidak mustahil untuk aku menjawabnya berasaskan pengetahuan agama yang aku pelajari dari kecil sehingga kini..

5. Jawapannya memang ada, tapi biarlah ia menjadi persoalan kepada semua pembaca untuk terus mencari jawapan yang bernas dan tepat. Kita boleh bertanya kepada para alim ulamak sekiranya kita rasanya ianya penting bagi kita.

6. Pada aku ia adalah penting, supaya hati ini tenang dalam mengharungi perjalanan yang jauh (kerana liku kehidupan dan cabaran) tapi singkat (dibanding dengan akhirat).

7. Kini, saya bertekat setakat yang mampu untuk menjadikan Rasulullah sebagai panduan hidup dan contoh yang terbaik kerana yang keluar dari Rasulullah itu tidak pernah sia sia.. perkataannya menjadi Hadith, duduk diamnya menjadi sunnah..

8. Kisah yang menjadi tauladan dan sempadanku; dimana Malaikat Jibrail, bertanya adakah Rasulullah ingin menjadi kaya sekaya nabi Sulaiman, atau miskin semiskin nabi Ayub. Jawab Rasulullah, "kedua-duanya tidak, aku cuma mahu apabila aku dikurnia kesenangan tahu aku bersyukur kepada Allah, dan apabila aku diberi sesusahan tahu aku bersabar bersama Allah".. maka itu la yang akan aku ikuti dalam meneruskan kehidupan di alam fana ini..

8. Akhir sekalim, sempena ulangtahun kelahiran Rasulullah SAW pada 12 Rabiul Awal ini, lagi 2 hari je..maka aku ucapkan salawat kepada baginda Rasulullah SAW.

No comments:

Post a Comment