Pastikan Anda Tahu Waktu!!

Saturday, February 27, 2010

3 Tahaf keyakinan..

'Yakin' itu terbahagi kepada 3: Ainul yakin, Ilmu yakin, haqqul yakin. Lawan kepada yakin itu adalah ragu atau syak.

Ainul yakin itu, dimana kita yakinkan sesuatu itu melalui pandangan mata. Keyakinan ini adalah keyakinan yang paling lemah sekali di antara 3 jenis yakin tadi. Bila kita memandang dengan mata, kita hanya memandang hanya pada satu sudut. Kemungkinan apa yang kita lihat itu ada jauh dari yang sebenar.

Ilmu yakin itu pula keyakinan yang ditimbulkan melalui ilmu yang kita pelajari seperti syurga dan neraka. Tanpa ilmu yang dianugerahkan kepada kita maka tidak sama sekali kita akan mempercayainya. Dan sehingga kini kita masih tidak dapat melihat dengan mata akan bagaimana rupa syurga itu..ataupun neraka itu.. tapi dengan ilmu yang kita ada kita pasti yakin sesungguhnya syurga dan neraka itu wujud bagaimana wujudnya kita ini.

Yang ketiga, Haqqul yakin. Di dalam agama, inilah keyakinan yang paling tinggi yang diikuti dengan amal dan perbuatan yang membuktikan keyakinin itu. Yakni kita yakin sebenar-benarnya akan sesuatu tanpa soal, dimana Abu Bakar As-siddik percaya bila Nabi Muhammad mengalami israq mikraj. (mekah-baitul muqadis-baitul makmur-sidratul muntaha-arasy) dalam masa satu malam. Begitu jua pasa ahli sufi yakin pada Allah dan kesannya mereka sanggup mengutamakan akhirat dari dunia.

Marilah kita bermusabah diri sama ada keyakinan kita kepada Allah adalah dari keyakinan ainul yakin, ilmu yakin atau haqqul yakin. Kita perlu berusaha untuk mempertingkatkan tahaf keyakinan kepada Allah dari masa ke semasa antaranya seperti berikut:
·Lakukan rukun islam dengan taat dan sepenuh hati
·Kita menghadirikan diri ke majlis imu di masjid, tatkala kita menghadiri majlis ilmu itu, para malaikat sentiasa mendoakan kebajikan untuk kita sehingga habis majlis itu. ·banyak membaca Al-Quran kerana membaca al-quran itu dapat melembutkan dan membersihkan hati kita untuk menerima ilmu Allah itu.
·Banyakkan bertaubat dan berdoa..
·Lakukan solat sunat terutamanya solat malam (solat tahjud)
·Carilah guru yang dapat memberikan kita kesedaran dan keyakinan kepada Allah SWT.

Secara peribadi, kita perlu mencari seorang guru/ustaz yang kita akui sebagai guru dan pembimbing kita. Dengannya dapat kita melihat contoh dan tempat kita rujuk akan sesuatu masalah.
Ingat sabda Nabi bermaksud “2 perkara yang aku tinggalkan dimana kamu (umatku) tidak ada sesat selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan Sunnah”.

1 comment:

  1. apa pun yakin.. yakin... yakin walaupun kekadang rasa was-was...

    ReplyDelete