Pastikan Anda Tahu Waktu!!

Friday, April 9, 2010

Kesian pada bekas bodyguard Perdana Menteri kita..

1. Aku begitu terkilan melihat kisah bekas pengawal peribadi yang pernah bertugas menjaga keselamatan orang nombor satu Malaysia yakni Dato’ Seri Najib Tun Razak yang disiarkan oleh The Star Online. Tapi yang peliknya bila aku cari semula berita itu semula, aku gagal mencarinya kerana cerita berkenaan tiada lagi terdapat di The Star Online itu. Engtah kenapa la.. Mungkin ada teman-teman yang bijak pandai di luar sana dapat memberi jawapannya..

2. Dulunya aku dapat rasakan, beliau adalah seorang yang gagah berani, sanggup mati demi keselamatan boss beliau. Badan beliau yang dikatakan gagah dan berotot seberat 86kg pasti begitu digeruni oleh orang awam semasa beliau menjalankan tugas.

3. Tapi kerana satu kejadian di bilik air yang ditakdirkan oleh Allah SWT, tiba-tiba beliau yang gagah berani itu kini tidak berdaya langsung lantas terlantar 24-jam di atas katil dan perlu dijaga pula anak dan isteri.

4. Bukan saya ingin mengata atau mengutuk tetapi sebenarnya kejadian ini perlu kita lihat dari segi pengajaran yang kita dapat kita pelajari. Dulunya kuat, sekarang lemah.. kita tidak akan sihat selama-lamanya..maka teringat aku akan sabda Rasulullah yang bermaksud: “beringatlah kamu akan lima perkara sebelum datang akan lima perkara iaitu: Kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati” ..kalau silap sila betol kan..

5. Pengajaran itu adalah amat jelas kepada kita, maka perlulah kita beringat dan berhati-hati dalam melakukan pekerjaan sebelum datang 5 perkara yang buruk itu..

6. Akhir sekali saya doakan En. Zaini Ahmad agar segera sembuh semula dan dapatlah anak perempuannya Siti Mazlifah bekerja semula.

Thursday, April 8, 2010

Kopitiam di Malaysia..


1. Aku pasti kebaikan kita pernah makan di rangkaian café kopitiam yang tumbuh bagai cendawan di sekitar lembah klang mahupun di beberapa buah Bandar besar di Malaysia. Antara yang terkenal adalah Old Town Kopitiam, Bangi Kopitiam, Jonker Walk Kopitiam, Uncle John Kopitiam, PapaRich Koptiam, Pak Hailam Kopitiam, Pok Li Kopitiam dan banyak lagi yang kita boleh senaraikan di sini.

2. Aku juga dapati sambutan masyarakat terhadap konsep kopitiam ini amatlah menggalakkan dan disebabkan itulah kopitiam itu tumbuh bagaikan cendawan yang tumbuh lepas hujan. Pelanggannya pula terdiri dari pelbagai kaum baik Melayu, Cina mahupun India. Mungkin kerana gaya atau lifestyle yang membuat mereka suka makan di café kopitiam tersebut. Orang kata “ada class” kononnya.

3. Aku tak kisahlah bangsa yang lain datang menjamu selera di situ, tapi bangsa Melayu yang beragama islam adalah antara yang majoriti menjamu selera di situ sehingga ada yang terpaksa beratur untuk menunggu giliran. Bila sampai disitu rajin-rajin lah tengok kalau ada tanda Logo Halal dari Jakim. Ianya amat penting kerana ianya dapat menghilangkan syak kita akan kehalalan makanan yang kita makan di situ.

4. Tahukah kita berapa banyak café kopitiam tersebut yang mendapat sijil HALAL dari JAKIM. Tahukah teman semua hanya 2 sahaja rangkaian kopitiam tersebut yang mempunyai sijil halal dari JAKIM iaitu Jonker Walk Kopitiam dan Pak Hailam Kopitiam. Informasi ini didapati dari blog denaihati.com.

5. Yang aku tak faham tu kenapa mereka tidak memohon untuk mendapatkan sijil Halal yang sah dari JAKIM. Ada yang menyatakan sijil Halal itu mahal. Aku rasa mahal pun tak mahal mana, tuan punya café itu sanggup renovate café itu berates-ratus ribu kenapa sijil Halal pun tak sanggup nak pohon. Sedangkan sijil halal itu untuk keperluan promosi café itu juga.

6. Akhir sekali, kita kenalah berhati-hati dengan makanan dan minuman yang kita makan selama ini. Kita kena jauhkan dari memakan makanan yang kita syak atau yang bersubahat kerana makanan itu akan menjadi darah daging kita. Bila anak-anak kita memakan makanan yang subahah maka sukarlah kita untuk mendidik mereka. Hanya Allah yang tahu.

Wednesday, March 24, 2010

Kelebihan Berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Terdapat banyak kelebihan Berselawat ke atas baginda rasulullah SAW. Salah satunya sepert berikut:

1. Mendapat syafaat Nabi Munhammad SAW.
Sabda Nabi Muhammad SAW: "Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi 10 kali dan pada waktu petang 10 kali, dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat"


5 Syafaat Nabi di akhirat nanti:
1. Syafaat Nabi untuk membebaskan umat manusia daripada kedasyatan Padang Mahsyar.
2. Syafaat Nabi untuk memasukkan sesuatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
3. Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumannya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
4. Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
5. Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

Masyaallah teman-teman semua, bertapa berfaedahnya kita melakukan selawat kepada Nabi setiap hari. Tetapi janganlah kita lakukan hanya semata-mata kita mahukan syafaat tersebut, tetapi lakukanlah kerana sayang dan rindunya kita kepada Rasulullah SAW. Moga kita tergolong antara umat Nabi yang dikenalinya semasa di hari kiamat nanti.

Tuesday, March 23, 2010

Masih suami isteri lagikah di akhirat nanti?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Saturday, February 27, 2010

3 Tahaf keyakinan..

'Yakin' itu terbahagi kepada 3: Ainul yakin, Ilmu yakin, haqqul yakin. Lawan kepada yakin itu adalah ragu atau syak.

Ainul yakin itu, dimana kita yakinkan sesuatu itu melalui pandangan mata. Keyakinan ini adalah keyakinan yang paling lemah sekali di antara 3 jenis yakin tadi. Bila kita memandang dengan mata, kita hanya memandang hanya pada satu sudut. Kemungkinan apa yang kita lihat itu ada jauh dari yang sebenar.

Ilmu yakin itu pula keyakinan yang ditimbulkan melalui ilmu yang kita pelajari seperti syurga dan neraka. Tanpa ilmu yang dianugerahkan kepada kita maka tidak sama sekali kita akan mempercayainya. Dan sehingga kini kita masih tidak dapat melihat dengan mata akan bagaimana rupa syurga itu..ataupun neraka itu.. tapi dengan ilmu yang kita ada kita pasti yakin sesungguhnya syurga dan neraka itu wujud bagaimana wujudnya kita ini.

Yang ketiga, Haqqul yakin. Di dalam agama, inilah keyakinan yang paling tinggi yang diikuti dengan amal dan perbuatan yang membuktikan keyakinin itu. Yakni kita yakin sebenar-benarnya akan sesuatu tanpa soal, dimana Abu Bakar As-siddik percaya bila Nabi Muhammad mengalami israq mikraj. (mekah-baitul muqadis-baitul makmur-sidratul muntaha-arasy) dalam masa satu malam. Begitu jua pasa ahli sufi yakin pada Allah dan kesannya mereka sanggup mengutamakan akhirat dari dunia.

Marilah kita bermusabah diri sama ada keyakinan kita kepada Allah adalah dari keyakinan ainul yakin, ilmu yakin atau haqqul yakin. Kita perlu berusaha untuk mempertingkatkan tahaf keyakinan kepada Allah dari masa ke semasa antaranya seperti berikut:
·Lakukan rukun islam dengan taat dan sepenuh hati
·Kita menghadirikan diri ke majlis imu di masjid, tatkala kita menghadiri majlis ilmu itu, para malaikat sentiasa mendoakan kebajikan untuk kita sehingga habis majlis itu. ·banyak membaca Al-Quran kerana membaca al-quran itu dapat melembutkan dan membersihkan hati kita untuk menerima ilmu Allah itu.
·Banyakkan bertaubat dan berdoa..
·Lakukan solat sunat terutamanya solat malam (solat tahjud)
·Carilah guru yang dapat memberikan kita kesedaran dan keyakinan kepada Allah SWT.

Secara peribadi, kita perlu mencari seorang guru/ustaz yang kita akui sebagai guru dan pembimbing kita. Dengannya dapat kita melihat contoh dan tempat kita rujuk akan sesuatu masalah.
Ingat sabda Nabi bermaksud “2 perkara yang aku tinggalkan dimana kamu (umatku) tidak ada sesat selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan Sunnah”.

Wednesday, February 24, 2010

Ulangtahun kelahiranku..

1. Alhamdulillah tuhan masih memberi aku peluang untuk terus meniti kehidupan ini.

2. Tapi yang pasti, banyak persoalan yang timbul sempena ulangtahun kelahiran aku yang ke 43 ke alam shahadah ini seperti kenapakah aku dilahirkan, kemanakah tujuanku, apakah peranan aku di dunia ini.?

3. Adakah aku dilahirkan untuk mendapat pekerjaan yang baik, rumah yang besar, kereta yang berprestij, isteri yang cantik, kesihatan yang baik, kaya raya?... tetapi pada hakikatnya, semua itu adalah kemahuan manusia kebanyakan..maka aku jua tidak dapat lari dari menginginkan yang sedemikian. Tetapi tidak kepada ahli sufi dan wali Allah.

4. Semua persoalan-persoalan itu memang sukar untuk ku jawab. Tapi adalah tidak mustahil untuk aku menjawabnya berasaskan pengetahuan agama yang aku pelajari dari kecil sehingga kini..

5. Jawapannya memang ada, tapi biarlah ia menjadi persoalan kepada semua pembaca untuk terus mencari jawapan yang bernas dan tepat. Kita boleh bertanya kepada para alim ulamak sekiranya kita rasanya ianya penting bagi kita.

6. Pada aku ia adalah penting, supaya hati ini tenang dalam mengharungi perjalanan yang jauh (kerana liku kehidupan dan cabaran) tapi singkat (dibanding dengan akhirat).

7. Kini, saya bertekat setakat yang mampu untuk menjadikan Rasulullah sebagai panduan hidup dan contoh yang terbaik kerana yang keluar dari Rasulullah itu tidak pernah sia sia.. perkataannya menjadi Hadith, duduk diamnya menjadi sunnah..

8. Kisah yang menjadi tauladan dan sempadanku; dimana Malaikat Jibrail, bertanya adakah Rasulullah ingin menjadi kaya sekaya nabi Sulaiman, atau miskin semiskin nabi Ayub. Jawab Rasulullah, "kedua-duanya tidak, aku cuma mahu apabila aku dikurnia kesenangan tahu aku bersyukur kepada Allah, dan apabila aku diberi sesusahan tahu aku bersabar bersama Allah".. maka itu la yang akan aku ikuti dalam meneruskan kehidupan di alam fana ini..

8. Akhir sekalim, sempena ulangtahun kelahiran Rasulullah SAW pada 12 Rabiul Awal ini, lagi 2 hari je..maka aku ucapkan salawat kepada baginda Rasulullah SAW.

Sunday, February 14, 2010

Apa dah jadi pada masyarakat malaysia?

1. Moral masyarakat Malaysia kini dilihat sudah kehilangan arah. Kisah terbaru anak yang menjadi kekasih bapa selama 2 tahun. Malah si isteri telah tahu akan perkara ini tetapi tidak mahu melaporkan kepada pihak berkuasa kerana takut dimalukan.

2. Kenapa jadinya kejadian terkutuk itu? Ini adalah kerana manusia kini hanya memintingkan hawa nafsu. Yang pasti mereka tidak mengenal diri sendiri dan tidak mengenalk tuhannya. Malah meneka cuba melupakan tuhan mereka. Sedangkan mereka tahu Allah itu wujud dan sentiasa berapa bersama kita. Kita tidak akan dapat lari dari pandangan Allah.

3. Bagaimanakah kehidupan mereka yang melakukan perbuatan terkutuk itu? Yang pertamanya mereka pastinya tidak bahagia. Mereka tidak mengamalkan cara kehidupan Islam yang syumul itu. Mereka jarang atau tidak pernah mendirikan solat ataupun rukun Islam yang lima. Tidak pernah ke Masjid dan mereka ini mementingkan hawa nafsu. Hati mereka berpenyakit tetapi tidak pernah sedar akannya kerana mereka tidak ada ilmu dan tidak pernah cuba untuk mencari ilmu Allah.

4. Teman-teman sekelian, marilah kita membenci perbuatan terkutuk ini, kita tanamkan nekad untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana itulah satu-satunya jalan penyelesaian bagi kita. Hidup kita tidak lama dan semakin pendek dari hati ke hari. Kematian itu adalah benar maka kita tidak perlu lagi untuk tunggu masa yang tepat. Inilah masanya sebelum terlambat.

----------

Anak jadi kekasih bapa

Oleh INTAN MAS AYU SHAHIMI dan SALMAN HAMAT
am@hmetro.com.my
2010/02/14
E-mel  Artikel Cetak  Artikel Tanda  Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen  Artikel

JOHOR BAHRU: ‘Anakku kekasihku’ adalah istilah tepat bagi menggambarkan kasih sayang seorang bapa terhadap anak gadisnya yang berusia 17 tahun sehingga sanggup tidur sekatil setiap malam sejak dua tahun lalu.

Peliknya, perbuatan lelaki yang bekerja sebagai juruteknik itu diketahui isterinya, namun wanita itu lebih rela merahsiakan perbuatan terkutuk suaminya untuk mengelak menjadi bualan jiran.


Difahamkan, kejadian bermula sejak 2008 ketika mangsa baru mencecah usia 15 tahun apabila dia dipaksa tidur sebilik bersama bapanya di rumah mereka di Taman Perling, di sini.


Biarpun enggan berbuat demikian, mangsa terpaksa akur dan merelakan diperlakukan sedemikian dengan melayan permintaan gila bapa kandungnya kerana bimbang berlaku kekecohan yang akan mengejutkan ahli keluarga lain serta jiran.


Walaupun pernah merancang mendedahkan perbuatan melampau bapanya dengan membuat laporan polis, mangsa yang masih bersekolah terpaksa membatalkan hasratnya berikutan bimbang si bapa dicekup polis yang akan menyebabkan mereka hilang tempat bergantung.

Apabila mangsa meningkat dewasa, bapanya dikatakan mula memberi layanan istimewa dan mengawal segala tindak tanduk dan pergerakannya setiap hari.


Perubahan itu dipercayai didorong perasaan cinta dan kasih terhadap anak kandung yang dianggap seperti teman wanita.


Lelaki setan itu turut didakwa sanggup menghantar dan menjemput anak gadisnya di sekolah serta menyekat kebebasan mangsa untuk berkawan dengan pelajar lain.


Jika mangsa tidak muncul di depan pintu pagar sekolah pada waktu ditetapkan, lelaki itu akan mencarinya di seluruh pelosok kawasan hingga anak gadisnya ditemui.


Bagaimanapun, pagi kelmarin pelajar malang berkenaan tampil membuat laporan polis apabila tidak mampu memendam rahsia hitam menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, mengesahkan menerima laporan mangsa berhubung kejadian itu sebelum menahan suspek, pagi kelmarin.


“Berdasarkan siasatan awal, mangsa mendakwa sering dicabul bapanya yang berusia 44 tahun selain dipaksa tidur bersama hampir setiap malam.

“Malah siasatan lanjut mendapati ibu mangsa juga menyedari perlakuan suspek tetapi takut untuk membuat laporan polis kerana suaminya adalah punca pendapatan keluarga,” katanya.


Menurut Ruslan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.


“Suspek juga diperintah reman empat hari bermula hari ini (semalam) hingga Selasa depan bagi membantu siasatan,” katanya.