Pastikan Anda Tahu Waktu!!

Saturday, February 27, 2010

3 Tahaf keyakinan..

'Yakin' itu terbahagi kepada 3: Ainul yakin, Ilmu yakin, haqqul yakin. Lawan kepada yakin itu adalah ragu atau syak.

Ainul yakin itu, dimana kita yakinkan sesuatu itu melalui pandangan mata. Keyakinan ini adalah keyakinan yang paling lemah sekali di antara 3 jenis yakin tadi. Bila kita memandang dengan mata, kita hanya memandang hanya pada satu sudut. Kemungkinan apa yang kita lihat itu ada jauh dari yang sebenar.

Ilmu yakin itu pula keyakinan yang ditimbulkan melalui ilmu yang kita pelajari seperti syurga dan neraka. Tanpa ilmu yang dianugerahkan kepada kita maka tidak sama sekali kita akan mempercayainya. Dan sehingga kini kita masih tidak dapat melihat dengan mata akan bagaimana rupa syurga itu..ataupun neraka itu.. tapi dengan ilmu yang kita ada kita pasti yakin sesungguhnya syurga dan neraka itu wujud bagaimana wujudnya kita ini.

Yang ketiga, Haqqul yakin. Di dalam agama, inilah keyakinan yang paling tinggi yang diikuti dengan amal dan perbuatan yang membuktikan keyakinin itu. Yakni kita yakin sebenar-benarnya akan sesuatu tanpa soal, dimana Abu Bakar As-siddik percaya bila Nabi Muhammad mengalami israq mikraj. (mekah-baitul muqadis-baitul makmur-sidratul muntaha-arasy) dalam masa satu malam. Begitu jua pasa ahli sufi yakin pada Allah dan kesannya mereka sanggup mengutamakan akhirat dari dunia.

Marilah kita bermusabah diri sama ada keyakinan kita kepada Allah adalah dari keyakinan ainul yakin, ilmu yakin atau haqqul yakin. Kita perlu berusaha untuk mempertingkatkan tahaf keyakinan kepada Allah dari masa ke semasa antaranya seperti berikut:
·Lakukan rukun islam dengan taat dan sepenuh hati
·Kita menghadirikan diri ke majlis imu di masjid, tatkala kita menghadiri majlis ilmu itu, para malaikat sentiasa mendoakan kebajikan untuk kita sehingga habis majlis itu. ·banyak membaca Al-Quran kerana membaca al-quran itu dapat melembutkan dan membersihkan hati kita untuk menerima ilmu Allah itu.
·Banyakkan bertaubat dan berdoa..
·Lakukan solat sunat terutamanya solat malam (solat tahjud)
·Carilah guru yang dapat memberikan kita kesedaran dan keyakinan kepada Allah SWT.

Secara peribadi, kita perlu mencari seorang guru/ustaz yang kita akui sebagai guru dan pembimbing kita. Dengannya dapat kita melihat contoh dan tempat kita rujuk akan sesuatu masalah.
Ingat sabda Nabi bermaksud “2 perkara yang aku tinggalkan dimana kamu (umatku) tidak ada sesat selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan Sunnah”.

Wednesday, February 24, 2010

Ulangtahun kelahiranku..

1. Alhamdulillah tuhan masih memberi aku peluang untuk terus meniti kehidupan ini.

2. Tapi yang pasti, banyak persoalan yang timbul sempena ulangtahun kelahiran aku yang ke 43 ke alam shahadah ini seperti kenapakah aku dilahirkan, kemanakah tujuanku, apakah peranan aku di dunia ini.?

3. Adakah aku dilahirkan untuk mendapat pekerjaan yang baik, rumah yang besar, kereta yang berprestij, isteri yang cantik, kesihatan yang baik, kaya raya?... tetapi pada hakikatnya, semua itu adalah kemahuan manusia kebanyakan..maka aku jua tidak dapat lari dari menginginkan yang sedemikian. Tetapi tidak kepada ahli sufi dan wali Allah.

4. Semua persoalan-persoalan itu memang sukar untuk ku jawab. Tapi adalah tidak mustahil untuk aku menjawabnya berasaskan pengetahuan agama yang aku pelajari dari kecil sehingga kini..

5. Jawapannya memang ada, tapi biarlah ia menjadi persoalan kepada semua pembaca untuk terus mencari jawapan yang bernas dan tepat. Kita boleh bertanya kepada para alim ulamak sekiranya kita rasanya ianya penting bagi kita.

6. Pada aku ia adalah penting, supaya hati ini tenang dalam mengharungi perjalanan yang jauh (kerana liku kehidupan dan cabaran) tapi singkat (dibanding dengan akhirat).

7. Kini, saya bertekat setakat yang mampu untuk menjadikan Rasulullah sebagai panduan hidup dan contoh yang terbaik kerana yang keluar dari Rasulullah itu tidak pernah sia sia.. perkataannya menjadi Hadith, duduk diamnya menjadi sunnah..

8. Kisah yang menjadi tauladan dan sempadanku; dimana Malaikat Jibrail, bertanya adakah Rasulullah ingin menjadi kaya sekaya nabi Sulaiman, atau miskin semiskin nabi Ayub. Jawab Rasulullah, "kedua-duanya tidak, aku cuma mahu apabila aku dikurnia kesenangan tahu aku bersyukur kepada Allah, dan apabila aku diberi sesusahan tahu aku bersabar bersama Allah".. maka itu la yang akan aku ikuti dalam meneruskan kehidupan di alam fana ini..

8. Akhir sekalim, sempena ulangtahun kelahiran Rasulullah SAW pada 12 Rabiul Awal ini, lagi 2 hari je..maka aku ucapkan salawat kepada baginda Rasulullah SAW.

Sunday, February 14, 2010

Apa dah jadi pada masyarakat malaysia?

1. Moral masyarakat Malaysia kini dilihat sudah kehilangan arah. Kisah terbaru anak yang menjadi kekasih bapa selama 2 tahun. Malah si isteri telah tahu akan perkara ini tetapi tidak mahu melaporkan kepada pihak berkuasa kerana takut dimalukan.

2. Kenapa jadinya kejadian terkutuk itu? Ini adalah kerana manusia kini hanya memintingkan hawa nafsu. Yang pasti mereka tidak mengenal diri sendiri dan tidak mengenalk tuhannya. Malah meneka cuba melupakan tuhan mereka. Sedangkan mereka tahu Allah itu wujud dan sentiasa berapa bersama kita. Kita tidak akan dapat lari dari pandangan Allah.

3. Bagaimanakah kehidupan mereka yang melakukan perbuatan terkutuk itu? Yang pertamanya mereka pastinya tidak bahagia. Mereka tidak mengamalkan cara kehidupan Islam yang syumul itu. Mereka jarang atau tidak pernah mendirikan solat ataupun rukun Islam yang lima. Tidak pernah ke Masjid dan mereka ini mementingkan hawa nafsu. Hati mereka berpenyakit tetapi tidak pernah sedar akannya kerana mereka tidak ada ilmu dan tidak pernah cuba untuk mencari ilmu Allah.

4. Teman-teman sekelian, marilah kita membenci perbuatan terkutuk ini, kita tanamkan nekad untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana itulah satu-satunya jalan penyelesaian bagi kita. Hidup kita tidak lama dan semakin pendek dari hati ke hari. Kematian itu adalah benar maka kita tidak perlu lagi untuk tunggu masa yang tepat. Inilah masanya sebelum terlambat.

----------

Anak jadi kekasih bapa

Oleh INTAN MAS AYU SHAHIMI dan SALMAN HAMAT
am@hmetro.com.my
2010/02/14
E-mel  Artikel Cetak  Artikel Tanda  Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen  Artikel

JOHOR BAHRU: ‘Anakku kekasihku’ adalah istilah tepat bagi menggambarkan kasih sayang seorang bapa terhadap anak gadisnya yang berusia 17 tahun sehingga sanggup tidur sekatil setiap malam sejak dua tahun lalu.

Peliknya, perbuatan lelaki yang bekerja sebagai juruteknik itu diketahui isterinya, namun wanita itu lebih rela merahsiakan perbuatan terkutuk suaminya untuk mengelak menjadi bualan jiran.


Difahamkan, kejadian bermula sejak 2008 ketika mangsa baru mencecah usia 15 tahun apabila dia dipaksa tidur sebilik bersama bapanya di rumah mereka di Taman Perling, di sini.


Biarpun enggan berbuat demikian, mangsa terpaksa akur dan merelakan diperlakukan sedemikian dengan melayan permintaan gila bapa kandungnya kerana bimbang berlaku kekecohan yang akan mengejutkan ahli keluarga lain serta jiran.


Walaupun pernah merancang mendedahkan perbuatan melampau bapanya dengan membuat laporan polis, mangsa yang masih bersekolah terpaksa membatalkan hasratnya berikutan bimbang si bapa dicekup polis yang akan menyebabkan mereka hilang tempat bergantung.

Apabila mangsa meningkat dewasa, bapanya dikatakan mula memberi layanan istimewa dan mengawal segala tindak tanduk dan pergerakannya setiap hari.


Perubahan itu dipercayai didorong perasaan cinta dan kasih terhadap anak kandung yang dianggap seperti teman wanita.


Lelaki setan itu turut didakwa sanggup menghantar dan menjemput anak gadisnya di sekolah serta menyekat kebebasan mangsa untuk berkawan dengan pelajar lain.


Jika mangsa tidak muncul di depan pintu pagar sekolah pada waktu ditetapkan, lelaki itu akan mencarinya di seluruh pelosok kawasan hingga anak gadisnya ditemui.


Bagaimanapun, pagi kelmarin pelajar malang berkenaan tampil membuat laporan polis apabila tidak mampu memendam rahsia hitam menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, mengesahkan menerima laporan mangsa berhubung kejadian itu sebelum menahan suspek, pagi kelmarin.


“Berdasarkan siasatan awal, mangsa mendakwa sering dicabul bapanya yang berusia 44 tahun selain dipaksa tidur bersama hampir setiap malam.

“Malah siasatan lanjut mendapati ibu mangsa juga menyedari perlakuan suspek tetapi takut untuk membuat laporan polis kerana suaminya adalah punca pendapatan keluarga,” katanya.


Menurut Ruslan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.


“Suspek juga diperintah reman empat hari bermula hari ini (semalam) hingga Selasa depan bagi membantu siasatan,” katanya.

Thursday, February 11, 2010

Coretan Pertama Ku....

1. 11/02/2010 merupakan satu sejarah bagiku kerana akhirnya aku mula membuat keputusan untuk menulis dalam blog aku.

2. Aku harap blog aku ini dapat memberi sedikit kepuasan kepada diriku dan dalam membantu aku untuk meluahkan rasa, perasaan, cerita bahagia dan duka dan kerisauan aku terhadap makluk ciptaan Allah dan negara yang aku cintai ini.

3. Aku tetap berharap teman-teman dapat juga sedikit manafaat untuk pengetahuan ataupun ilmu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

4. Akhir sekali, saya amat mengalu-alukan segala komen membina dari teman-teman buat menambahbaik blog dan isi kandungannya ini. Setiap komen akan saya amati dan mengambil pengajaran darinya.