Pastikan Anda Tahu Waktu!!

Wednesday, March 24, 2010

Kelebihan Berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Terdapat banyak kelebihan Berselawat ke atas baginda rasulullah SAW. Salah satunya sepert berikut:

1. Mendapat syafaat Nabi Munhammad SAW.
Sabda Nabi Muhammad SAW: "Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi 10 kali dan pada waktu petang 10 kali, dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat"


5 Syafaat Nabi di akhirat nanti:
1. Syafaat Nabi untuk membebaskan umat manusia daripada kedasyatan Padang Mahsyar.
2. Syafaat Nabi untuk memasukkan sesuatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
3. Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumannya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
4. Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
5. Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

Masyaallah teman-teman semua, bertapa berfaedahnya kita melakukan selawat kepada Nabi setiap hari. Tetapi janganlah kita lakukan hanya semata-mata kita mahukan syafaat tersebut, tetapi lakukanlah kerana sayang dan rindunya kita kepada Rasulullah SAW. Moga kita tergolong antara umat Nabi yang dikenalinya semasa di hari kiamat nanti.

Tuesday, March 23, 2010

Masih suami isteri lagikah di akhirat nanti?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.